Projek

Perancangan seminar hala tuju institusi Penang 2021

Seminar Hala Tuju Institusi Tahfiz Pulau Pinang 2021 atau HATTA P.Pinang 2021 ini dihasratkan untuk menjadi salah satu program di bawah kluster Pengurusan Institusi Pembangunan Islam, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia. Seminar ini diharapkan dapat mengumpulkan ahli akademik, pihak pentadbir dan pelaksana Institusi Tahfiz serta pertubuhan NGO yang mempunyai hasrat untuk memastikan kecemerlangan institusi tahfiz khususnya di Pulau Pinang melalui pengoptimuman manfaat dan peluang yang ada. HATTA P. Pinang 2021 ini juga direncanakan dapat mengumpulkan wakil daripada lebih 95 buah institusi tahfiz di seluruh negeri Pulau Pinang untuk sama-sama membina garis panduan bagi pengurusan institusi tahfiz. 

Program pengambilan pelajar tahfiz ke UNIMY

Mempromosi dan membantu membuat pengambilan pelajar tahfiz lepasan SPM untuk sambung belajar dalam bidang teknologi maklumat di University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY), Cyberjaya.

Membina kedai online penduduk Sri Petaling

Merancang, rekabentuk, install dan membangunkan Kedai Online bagi tujuan membantu peniaga tempatan menjual produk muslim secara online di website Bazar Online Seri Petaling.

Projek Bakul Seerat Kasi

Mengumpul data asnaf bagi projek Infaq makanan diberikan kepada Asnaf, Maahad Tahfiz, Keluarga dan Individu yang memenuhi syarat kelayakan. Mewujudkan borang online bagi memudahkan permohonan.

Mengajar membina website untuk Syarikat

Membantu dan Mengajar cara-cara untuk membeli domain, hosting, dan seterusnya cara membuat, menyelenggara website koporat pada syarikat Saya Juara Group Sdn Bhd.

Membangunkan syarikat sendiri

Merancang, rekabentuk, memasang dan menyelenggara bagi website dan kedai online sendiri. Syarikat dikenali Zawal Enterprise tetapi masih belum didaftarkan lagi. Pada masa ini ia berada di bawah syarikat Techstrue Engineering Sdn Bhd.

Majlis pelancaran program intensif digital teknologi

Menjadi pengacara majlis untuk majlis pelancaran program intensif digital teknologi bagi tahfiz lepasan SPM.

Program Kelas E-Tajwid Online

Mengendalikan kelas e-tajwid online mingguan bersama klien Yayasan Tahfiz An Nisaa. Sebagai pegawai teknikal akan menyediakan copywritting, link dan platform yang digunakan adalah Facebook.

Membina video koporat, poster dan flyer

Membantu klien Yayasan Tahfiz An Nisaa membina konten menarik untuk iklan pemasaran.

Mengendalikan penyiaran media

Menjadi hos penyiaran untuk live Facebook dan Youtube bagi klien Yayasan Tahfiz As Nisaa menggunakan streamyard.