Pakej Membina Kedai Online

Pakej Membina Kedai Online

Bukan Mahal Ke Web E-Commerce Ni?
Ya! Ini adalah antara sebab mengapa ramai peniaga kurang berminat dan tidak mahu membuat dan memiliki website e-commerce mereka sendiri!

Kos untuk memiliki website e-commerce sendiri ini kadangkala, boleh mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit untuk dibina. Belum lagi termasuk kos untuk hosting, domain dan juga maintenance bulanan… Ianya akan menjadi sedikit beban untuk ditanggung oleh peniaga-peniaga kecil… terutamanya peniaga-peniaga yang baru sahaja hendak bermula… keuntungan pun masih belum nampak lagi.. Tetapi sudah terpaksa keluarkan kos ratusan dan ribuan ringgit untuk membina website e-commerce!

Ada juga ternampak sistem e-commerce yang memberikan “tempoh percubaan” percuma selama 14 hari…. Namun, kebiasaannya, walaupun sudah selepas 14 hari…. Sales pun masih sendu-sendu lagi.. Tapi, dah mula nak kena bayar yuran langganan bulanan pula!

Nampak macam murah.. RM50 sahaja sebulan! Tapi kalau di darab dengan 12 bulan… cecah RM600 juga setahun!

Tak ada ke website yang menawarkan sistem web e-commerce yang MURAH?
Hah! Ini yang saya nak habaq mai nih!

Cabaran Bina Web ECommerce!

Idea untuk bina sistem web ecommerce ini saya simpan bertahun-tahun dalam fikiran saya. Hinggalah sampai saya tamat buat Latihan Industri!

Sebab……. untuk nak buat sistem web e-commerce ini bukan mudah!
Perlu ada pasukan dan perlu ada modal yang besar juga untuk setup sistem, server dan sebagainya.
Tapi sekarang, Saya sudah ada ilmu & skill yang lebih baik.

Jadi, saya terfikir, untuk realisasikan idea saya… iaitu membina sistem e-commerce sendiri!

Jadi, saya pun ajak beberapa rakan “seperguruan” saya yang lain, yang berminat dan berkemahiran untuk bina satu team… dan buat sistem web ecommerce kami sendiri!

Setelah beberapa bulan bertungkus-lumus…. Akhirnya!

Sistem E-Commerce Berjaya Di Bina!

Alhamdulillah… Sistem website e-commerce kami berjaya dibina dan sudah boleh digunakan!

Untuk membantu peniaga-peniaga kecilan yang baru hendak bermula dan masih lagi kekurangan modal untuk memiliki website e-commerce mereka sendiri!

Dengan sistem web ecommerce yang saya bina ini, peniaga tak perlu keluarkan kos yang besar dan tak perlu membayar sebarang yuran bulanan untuk membina website e-commerce atau kedai online mereka sendiri!

Bukan Kedai Online Biashe-biashe!
Web ecommerce ni.. Dilengkapi dengan ciri-ciri utama sepertimana web-web ecommerce yang lain!
Ia membolehkan peniaga menerima order dan bayaran dari pembeli secara online!
Web ecommerce ini juga turut menyokong payment gateway toyyibpay!

Jadi, mari saya tunjukkan kepada anda beberapa screenshoot rupa bentuk web ecommerce yang saya dan team sudah bangunkan!